Kelas Website Blog Wix.Com

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 July 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan Kelas website Blog Wix.com. Objektif utama kelas adalah untuk mendedahkan peserta dengan asas pembuatan blog secara dalam talian yang memfokuskan kepada penggunaan laman web sebagai platform penulisan. Terdapat seorang (1) peserta telah menghadiri kelas pada kali ini. Peserta dikongsi dengan cara pembuatan laman web untuk digunakan sebagai platform penulisan karya kreatif berkaitan kehidupan dalam blog selain menggunakan platform media sosial. Peserta di praktikan dengan cara penggunaan laman web blog, cara mengolahnya dan cara menggunakan dan mengisi maklumat dan karya di laman web tersebut. Tidak lupa juga, peserta yang hadir telah didedahkan dengan taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada Siber Grooming,Sexting dan Perkongsian Melampau serta Maklumat Palsu.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:
1. Peserta didedahkan dengan taklimat KDB & Advokasi yang selalu sering terjadi di kalangan masyarakat di sekeliling.
2. Mengetahui cara penggunaakan laman web dan menghasikan satu laman web untuk penulisan karya kreatif sendiri.
3. Peserta didedahkan dengan kepentingan penggunaan alamat gmail untuk mendaftar sesuatu platform di internet.
4. Peserta dapat berkarya dan berkongsi dengan kawan-kawan dengan hanya menyertakan capaian url blog sendiri dengan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali